Isnin, 20 Jun 2022

Gulai Tempoyak Keladi Kemahang

 



Ada ke yang suka keladi kemahang...jom Kita buat..

Gulai tempoyak keladi kemahang

2 Ikat keladi kemahang

1 Sudu makan cuka makan

20 Biji cili padi

2 Ketul kunyit hidup

4 Sudu makan tempoyak

2 Sudu makan gula

2 Papan petai(isi sahaja)

2 Ketul Ubi keledek(potong ikut suka)

4 Tangkai kcg panjang(klo x letak Pon xpe)potong ikut suka..

Secekak daun kesum

3 Keping asam keping

Sedikit garam dan serbuk perasa

Cara-cara nya:-
  • Potong-pptong  keladi kemahang pastu dendam dgn cuka makan dgn air penuh aras keladi selama 20 minit..
  • Blander cilipadi dan kunyit hingga halus..ketepikan..
  • Basuh keladi tadi toskan.. kemudian masuk dlm periuk..
  • Masukan juga bhan bland tadi,Ubi keledek,kacang panjang,tempoyak
  • Petai,daun kesum,asam keping,gula,garam dan serbuk perasa..
  • Masukan air aras keladi tadi..Gaul hingga sebati ..
  • Buka api dapur kuat(garang) tutup periuk biar jgn buka n jangan kacau selama 20 minit..
  • Tutup api ..dah masak...boleh la di hidangkan...
Selamat mencuba

Alhamdulillah  tak gatal...terima kasih Asiah binti mohamad kongsi petua tak bagi keladi gatal . rendam keladi dgn cuka makan



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...