Isnin, 7 Mac 2022

Telur Masin Cantik

 



Bahan-Bahan:

50 biji Telur Itik (*cuci bersih dan jemur hingga betul-betul kering)

500gram garam kasar

1.5liter air

2 helai daun pandan

Bekas berpenutup

Cara Membuat:

Masak air, garam dan daun pandan hingga betul-betul mendidih dan sejukkan(pastikan betul-betul sejuk iya).

2. Masukkan telur itik ke dalam bekas dan tuangkan air garam yang dimasak.

3. Tutup kemas-kemas dan jeruk lebih kurang 2 minggu (14-15hari).

4. Setelah 2 minggu boleh try rebus dulu.. Kalau belum cukup masin boleh tambah 3,4 hari lagi.

5. Kalau dah cukup masin boleh toskan air garam.

Siap, Selamat Mencuba!

MW: Mak-mak bolehlah cuba buat sendiri telur masin ini sendiri di rumah. Lebih jimat, puas hati dan tak perlu ragu-ragu dah dengan kebersihan telur.

Kredit : empunya resepi

Rabu, 2 Mac 2022

Asam Pedas Kuah Lada Tenggiri Melaka


Asam Pedas Kuah Lada Tenggiri Melaka
(Resepi Emak Saya..)

Bahan-bahan  agak-agak ea..tengok banyak mana ikan..
Boleh guna ikan tenggiri atau caru..
Bawang Merah
Bawang Putih
Halia
Lengkuas(jangan banyak..sikit je)
Belacan sikit
Kunyit hidup
1 sk Jintan Manis
1 sk Lada Hitam Biji

Semua tumbuk..bukan blend ye..tumbuk halus...dah lumat tambah serbuk ketumbar 3 sudu besar dlm bahan-bahan  tumbuk tadi..gaul jadikan pes..takyah tambah air..
Cili kering anggaran 20 tangkai(blend)
2 batang Daun kari(suke ati nak letak berapa banyak..satu pokok pun boleh)
1 Sk Halba
1 Sk Kerisik (lagi sedap guna kelapa bakar..tumbuk sekali dengan bahan perasa)
Air asam jawa segenggam..

Panaskan minyak..masukkan halba..Tumis bahan pes tadi sampai naik bau..masukkan daun kari..masukkan cili blend..tggu smpai garing.msukkan air asam jawa.jgn cair sangat.nanti tak sedap.bior pekat-pekat gitu.
Dah didih..masukkan la perasa.pastu ikan.ngn kerisik satu sudu kecik.
Tunggu sampai didih.
Pastu tmbah la bendi ke terung..
Da siappp
Mak pesan kalau nk sedap.api mse tumis kna sederhana.reneh lme skit bru ttup api


 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...