Jumaat, 17 Disember 2021

Resepi Cucur Udang Rangup

 


Senang aja, caranya guna tepung gandum yang dicampur dengan tepung beras. Jom try resepinya kt bawah ni

BAHAN

1. Tepung gandum - 2 cawan
2. Tepung beras - hampir2 1 cawan
3. Udang saiz sederhana (udang harimau pon boleh)
4. Udang kecil
5. Ikan bilis - segenggam
6. Bawang merah dimayang nipis - 3 ulas
7. Daun kucai
8. Serbuk kunyit
9. Garam
10. Air (tiada dlm gambar)
11. Minyak masak (tiada dlm gambar)

CARA

1. Udang saiz sederhana di buang kulit dan dipotong2
2. Udang kecil dibuang kepala
3. Kemudian ambil satu magkuk besar
4. Masukkan kesemua tepung gandum + tepung beras
5. Masukkan garam / serbuk pati ayam
6. Gaul2 kan (kering tanpa air)
7. Kemudian masukkan kedua2 jenis udang & ikan bilis
8. Masukkan juga serbuk kunyit
9. Masukkan pula bawang & daun kucai
10. Masukkan air (agak2, jgn terlalu lembik)
11. Gaul2 biar sekata (warna & bahan2 nya)
12. Panaskan minyak yg banyak dlm kuali
13. Goreng dengan cara jatuhkan bancuhan tu dari tepi kuali, supaya dia jatuh meleper & jadi nipis
Bila dah masak, angkat dan toskan cucur atau cekodok udang

Kredit : Farah Farhana


Ahad, 12 Disember 2021

Adik beradik Usoh

 


Adik beradik Usoh bin Lebih


Mentri Lebih bin Mentri Selamat

Anak

Ahmad - Kassim - Limpik - Usoh 



Khamis, 2 Disember 2021

Gulai Daging Kawah

 


Gulai Daging Kawah Citarasa Asli Kelantan


Daging Gulai Kawah Bahan

1/2 kg daging lembu hiris nipis
1paket kerisik (40g) 
1 paket kecil kari daging
1 labu bawang merah (kisar)
3 ulas bawang merah (kisar)
3 ulas bawang putih (kisar)
2inci halia (kisar)
2 batang serai (ketuk)
3-4 sb cili giling
3 helai daun limau purut
1 cawan santan pekat (DJ ltk 1/3 cawan je)
Rempah 4 beradik
3sb gula merah - gula timbang brown color
2-3 keping asam keping
minyak
garam
Air

Cara-Cara:

Panaskan minyak, tumiskan rempah 4 beradik, bahan kisar,serai ketuk sehingga wangi.
Masukkan cili giling masak hingga garing dan pecah minyak.
Masukkan daging dan kacau rata.Masukkan sikit air dan kacau rata lagi.
Bila daging agak empuk, masukkan santan, kerisek, garam, gula merah, daun limau purut dan asam keping
Biarkan mereneh hingga daging betul2 empuk.Kacau sekali sekala
Biarkan sampai pekat. Tutup api.
Sedap dimakan dgn nasi atau roti


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...