Rabu, 15 Mac 2023

Pesan kat adik-beradik kita!

 

Bila dah besar, dah ada kerja, dah ada pendapatan, dah ada duit, cari harta sendiri. Beli rumah, beli tanah, beli aset.


Bagi ada harta dengan nama sendiri.

Jangan direbutnya tanah sekangkang kera dikampung tu nanti. Jangan disebabkan harta tak seberapa itu, kita adik beradik bergaduh, bermasam muka, bertelagah.

Tak guna.

Kita ni sulung ke, kita ni lelaki ke, nanti bahagian kita lebih dari adik beradik yang lain ke, jangan fikir, jangan berharap. Jangan letak target yang kita nak rumah, kita nak tanah, kita nak kebun atau kita nak harta.

Jangan.

Sebab nanti bila tak dapat, kita mula la nk marah, nak bergaduh dan nak menuntut. Walhal ketika "harta" tu ada, bukan kita yang jaga, bukan kita yang usahakan, bukan kita yang berbakti. Tup² bila harta tu dah tiada pemiliknya, kita nak sangat² "hak" kita.

Hak apa yang kita nak? Hak apa yang kita tuntut? Kita berhak ke?

Usaha sendiri untuk kumpul harta sendiri tanpa perlu meletakkan harta pusaka sebagai matlamat kita, cita² kita yang lebih utama ialah menjaga ibubapa kita, baik sihat mahupun sakit tanpa perlu mengharapkan apa² dari mereka.

Ini tak, kita buat mereka seperti bola. Sekejap pass sana, sekejap pass sini.

Kita sebagai anak yang perlu bagi "sesuatu" kepada orang tua kita dan bukannya menunggu dan berebut "sesuatu" hasil penat lelah mereka.

Kalaulah kita berebut menjaga org tua kita sebagaimana kita berebut harta pusaka, mesti untung orang tua kita kan. Tapi banyak yang jadi bod0h dan hilang akal hanya disebabkan sesuatu yang bernama "harta pusaka". Time sakit taknak jaga, time dah tiada datang menuntut pula.😥

Wallahu A'lam.

In sha ALLAH. Sama-sama kita mengambil ibrah dan muhasabah.

Kredit : Shahros


Jumaat, 21 Oktober 2022

Tanam Semula Sawit Peringkat 1



Program pagi Tadi Jumaat .21 October 2022.

Majlis Doa Selamat . Semoga urusan Tebang pokok Sawit berjalan dengan lancar.

Untuk Tanam Semula. Ladang PKT 01

Dan IF. Di Felda Sungai Koyan 01.

Bermula hari ini

SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN SEGALA NYA



Khamis, 20 Oktober 2022

Kuih Ropa Terengganu

 


Kuih tradisi Orang Terengganu...Kuih Ropa ni ada banyak jenis...ni antara jenis inti yang popular...Ropa Ikan...Ropa kari daging dan ropa daging blackpaper....boleh cuba ikut selera masing-masing 

Kulit Ropa;
1.Tepung gandum 300 g
2.Telur 2 biji
3. Minyak masak 2 sb
4. Air 600 ml
5. Garam 1 sk
6. Tepung jagung 2 sb
7. Pewarna kuning 1/2 sk
Untuk resipi kulitnya sama sahaja..utk ketiga- tiga jenis kuih ropa.
Masukkan semua bahan kulit dlm satu bekas kacau rata...blander semua bahan utk kulitnya..kemudian gunakan pan atau kuali yg x melekat...bentuk kulitnya seperti dlm gambar...masukkan inti ..
Akhir sekali goreng gunakan sedikit minyak sahaja...Selamat Mencuba.
Resipi Ropa Inti Ikan
Bahan2:
Inti ikan
1.Ikan selayang 5 ekor (direbus bersama asam keping dan garam..diambil isi dan ditumbuk lumat))
2. Bawang merah 5 biji ( dimayang nipis)
3.Bwg putih 1 ulas ( dihiris nipis)
4. Halia 1 inci ( dihiris nipis)
5. Halba 1 sb
6. Santan 1 kotak kecil
7. Gula garam & perasa secukup rasa
-semua bahan dimasak sekali hingga kering atau lembap2 ..ikut suka masing2.Ketepikan

Resipi Ropa Inti Kari Daging
Bahan-bahan.
Inti daging
1.Daging lembu 250g (dicincang halus)
2. Bawang besar(dipotong dadu)
3.Bwg merah 7 biji
4.bwg putih 3 ulas
5.Rempah kari (3 sb)
6. Kentang 2 biji (potong dadu)
7.Gula garam & perasa
8. Cili boh 2 sb.
Cara membuat:
Bwg merah + putih dikisar halus..tumiskan bahan kisar hingga naik bau..masukkan cili boh...tumis hingga pecah minyak..masukkan rempah kari..tumis lagi smpai pecah minyak...masukkan daging yg dicincang masak smpai empuk..masukkan kentang..gaul sebati dgn kentang..masak hingga hampir kering..masukkan bwg besar... garam gula perasa...ketepikan inti.

Resipi Ropa Inti Daging black pepper/lada hitam
Bahan-bahan.
Inti daging
1.Daging lembu 200g (dicincang halus)
2. Bawang holland 1/2 biji (dipotong dadu)
3.Bwg merah 2 biji
4.bwg putih 6 ulas
5. Lada hitam (3 sb ditumbuk kasar)
6. Cili api merah dan hijau 5 biji
7. Kentang 1 biji (potong dadu)
8. Halia 1 inci
9. Kicap manis 3 sb
10. Sos tiram 2 sb
11.Gula garam & perasa
12. Sos lada hitam

Cara membuat:
Bwg merah + putih + halia ditumbuk halus..tumiskan bahan tumbuk hingga naik bau..masukkan lada hitam...tumis hingga naik bau..masukkan sos tiram..tumis lagi..masukkan daging yang dicincang masak smpai empuk..masukkan kicap manis...Sos lada hitam...masukkan kentang..gaul sebati dengan kentang..masak hingga hampir kering..masukkan bawag besar... cili padi...garam gula perasa...ketepikan inti...Selamat Mencuba.



Isnin, 15 Ogos 2022

Spesies ikan patin Malaysia

 


Ramai yang suka memancing atau makan ikan patin,tapi tak ramai yang kenal spesies patin yang wujud di Malaysia,jom tonton untuk tahu spesies ikan patin di Malaysia.

Spesies patin tempatan yang ditunjukan dalam video ni:
Pangasius polyuranodon (patin juara)
Pseudolais micronemus (patin lawang)
Helicophagus waandersii (patin muncung)
Pangasius nasutus (patin buah)
Pangasius nieuwenhuisii (patin labang hulu)
Patin labang hilir (tiada kajian)
Patin salarong (tiada kajian)
Patin pasir (tiada kajian)
Pangasius djambal (tiada maklumat lanjut)
Pangasius kinabatanganensis (tiada maklumat lanjut)
Pangasius kunyit (tiada maklumat lanjut)
Pangasius sabahensis (tiada maklumat lanjut)

Spesies patin pendatang:
Pangasianodon hypopthalmus (patin siam/sangkar)
Pangasius conchophilus (patin buah kemboja)
Pangasianodon gigas (patin mekong)
Pangasius sanitwongsei (patin chao phraya)


Isnin, 20 Jun 2022

Gulai Tempoyak Keladi Kemahang

 



Ada ke yang suka keladi kemahang...jom Kita buat..

Gulai tempoyak keladi kemahang

2 Ikat keladi kemahang

1 Sudu makan cuka makan

20 Biji cili padi

2 Ketul kunyit hidup

4 Sudu makan tempoyak

2 Sudu makan gula

2 Papan petai(isi sahaja)

2 Ketul Ubi keledek(potong ikut suka)

4 Tangkai kcg panjang(klo x letak Pon xpe)potong ikut suka..

Secekak daun kesum

3 Keping asam keping

Sedikit garam dan serbuk perasa

Cara-cara nya:-
  • Potong-pptong  keladi kemahang pastu dendam dgn cuka makan dgn air penuh aras keladi selama 20 minit..
  • Blander cilipadi dan kunyit hingga halus..ketepikan..
  • Basuh keladi tadi toskan.. kemudian masuk dlm periuk..
  • Masukan juga bhan bland tadi,Ubi keledek,kacang panjang,tempoyak
  • Petai,daun kesum,asam keping,gula,garam dan serbuk perasa..
  • Masukan air aras keladi tadi..Gaul hingga sebati ..
  • Buka api dapur kuat(garang) tutup periuk biar jgn buka n jangan kacau selama 20 minit..
  • Tutup api ..dah masak...boleh la di hidangkan...
Selamat mencuba

Alhamdulillah  tak gatal...terima kasih Asiah binti mohamad kongsi petua tak bagi keladi gatal . rendam keladi dgn cuka makan



Khamis, 12 Mei 2022

Resepi Begedil Ayam Sedap

 


Bahan – bahan:

15 ketul kentang

Sebungkus ayam kisar

1 cawan bawang goreng

1 cawan hirisan daun sup

Daun bawang

2 1/2 sudu

Garam

3 biji putih telur

Cara – cara penyediaan:

1 Kupas kentang dan cuci bersih. Kukus sehingga lembut dan sejukkan.

2. Lecek kentang sehingga lumat.

3. Campurkan ayam kisar yang telah dicuci, bawang goreng, hirisan daun sup dan daun bawang, lada putih dan garam bersama dengan kentang lenyek. Gaul sampai sekata.

4. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian.

5. Bulatkan dan bentukkan agar lebih cantik dan kemas.

6. Panaskan minyak, salutkan doh begedil dengan telur putih dan goreng sehingga berwarna keemasan.

7. Setelah masak, toskan minyak berlebihan.

Sedia untuk dihidangkan.

kredit : FB Resepi Santai II

Jumaat, 29 April 2022

Kita akan Kembali



Seburuk buruk adik beradik ia tetap darah daging kita, sehina hina adik beradik ia tetap keluarga terdekat kita, sejahat jahat adik beradik ia tetap dikandungkan dari perut yang sama dan benih yang sama

Jangan selalu lihat keburukan adik beradik sehingga lupa akan kebaikan nya kerana adik beradik tetap adik beradik cuma dilahirkan berlainan nasib dalam hidupnya. Ada yang susah ada yang senang, jangan kita bangga sekiranya kita lebih baik dari adik beradik yang lain kerana suatu hari nanti semua akan berbalik

Jangan kita angkuh dan sombong kepada adik beradik yang kurang bernasib baik kerana mereka yang akan tolong susah payah kita satu hari nanti tanpa kita sangka

Jangan terlalu berkira akan harta dan duit yang kita ada kerana harta dan duit takkan kekal selamanya.. Pernah ka kita terpikir siapa yang angkat jenazah kita kelak? Pernah kah kita terpikir siapa keluarga terdekat kita yang membungkus mayat kita kelak? Adakah harta boleh tolong kita ketika mayat dibungkus kelak

Tidak. adik beradik kita sejahat mana pun ia, ia takkan jijik menyentuh mayat kita walaupun ia hina buruk dan jahat dimata kita.. Jangan terlalu benci akan adik beradik kerana adik beradik tetap adik beradik

Berkatnya rezeki dari tali persaudaraan adik beradik.. Semoga kita ingat akan siapa diri kita, kita hanya hamba yang hina dimata allah

Semoga kita dilembutkan hati dari perasaan benci kepada sesama adik beradik mau pun manusia lain. Amiin ya rabbal alamiin.. -

Sumber : Nur Hashima

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...