Rabu, 26 Januari 2022

Sambal Tempoyak ikan bilis.

 


Tempoyak ikan bilis & petai..

Bahan-bahan:

*2 ulas bwg putih

*5 ulas bwg merah

*Segenggam cili padi

Ikan bilis

3 sudu tempoyak (nk letak sekilo pon blh.selera masing2😂)

Daun kunyit - hiris(urat tengah daun yg keras tu aku buang)

Petai

Air

Gula, garam & serbuk perasa

- tumbuk pakai lesung batu semua bahan tanda *.kalau korg mls sila la pakai blender

Cara-cara:

Tumis bahan tumbuk/blend smpai garing & Masukkan ikan bilis.. dah sebati baru masukkan tempoyak & 1 cawan air.. kacau sampai agak2 masak & pekat.. masukkan gula,garam & serbuk perasa.

Agak-agak dah pekat ikut citarasa masing-masing baru masukkan petai & hirisan daun kunyit.. nak basah-basah sikit tambah la air sikit.jgn ko letak air 1 baldi pulak.jadi sup nanti. kacau 3-4 kali terus tutup api.

Jgn lame2 ko mengacau smpai sejam pulak ye,petai kalau masak sgt rase dh x sedap.. ok,SIAP!! Boleh melahap dah dengan nasi panas2, ikan pekasam @ ikan gelama masin, kompem gajah lalu pon korg x perasan 😊👍

Kredit : melatiey Carlsz

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...