RESEPI SATAR
Bahan-bahan nya
2 kilo ikn selayang (ikan sardin)
Kelapa parut (yg muda) rm2
Lada kering rm 1
Halia 2 inci
Bawang merah 10 ulas yang sederhana besar
Bawang putih 2 ulas
Daun kesum 2 ikat
Lada burung@cili padi ikut suka nak letak ke tak nak
Grm,gula,perasa kena agak-agak ya..
Telur 1 @2 biji(yg ni letak last sekali ya)
.
Cara-caranya
.
Ikan ambik isi sahaja ya...blend bwng merah,putih,halia,lada kering,lada burung.
Satukan dalam ikan dan ramas-ramas manja ya jangan kuat sangat.
Kemudian ambik kelapa muda,daun kesum(dihiris halus)satukan dalam ikan.
Tambah gula, garam, perasa. Last sekali masukkan telur gau-gaul perlahan. Siap
Nanti boleh bakar dengan daun pisang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan