Selasa, 14 Mei 2019

Tukang Parang Kg Lubuk Kulit

 
Aki Wahab tekun membuat sebilah pisau
Dicerita oleh orang tua Tok Empat kedua Kg Lubuk Kulit Kuala Lipis yang bernama Menteri Lebeh bin Menteri Selamat telah mengarahkan anak terunanya bernama Ahmad, Kassim dan Yusof pergi menuntut ilmu membuat parang dengan seorang pendatang Indonesia di kampung Sempalit Raub. Setelah berbagai dugaan seperti berjalan kaki dan belajar menuntut ilmu tukang besi selama 2 tahun Ahmad dan Kassim pun pulang ke kampong Lubuk Kulit dan mendirikan bangsal(bengkel) membuat parang. Setahun kemudian Yusof pula pulang ke kampong mendirikan bangsal yang sama, antara ketiga mereka Yusof yang lebih pandai dan halus tukangannya kerana ia belajar lebih lama. Yusuf telah mewaris tukangannya kepada anaknya yang bernama Aki Mat , Aki Samad dan menantunya Hj. Da. Aki Kasim yang dikenali sebagai Tukang Kassim telah mewarisi tukangannya kepada Hj. Abd Wahab.

Geran Tanah tahun 1911  Menteri Lebeh bin Menteri Selamat


Pada hari ini warisan tersebut tidak dapat diteruskan kerana anak-anak mereka telah pun mempunyai pekerjaan lain yang lebih terjamin berbanding menjadi tukang parang. Seperti kata Hj Abd Wahab 77 tahun “Menjadi tukang parang ia memerlukan bakat dan minat, jika tiada sifat tersebut seorang itu tidak mampu untuk meneruskan tukangan dan pelajaran yang paling sukar dan perlu kesabaran apabila sampai ketahap ‘sepuh’ mengunakan air atau minyak…”. KOMEN Suatu hari nanti warisan tukang parang Kampung Lubuk Kulit ini akan hanya tinggal kenangan seperti kita tinggalkan pisau tuai padi, lesong indik kaki dan tenggala kerbau. Rujuk Aki Samad bin Yusof Hj Wahab bin Tukang Kassim Geran Tanah Menteri Lebeh.

Sijil penghargaan dari Kerajaan Malaysia kepada Aki Hj, Abdul Wahab yang terlibat dalam melawan Komunis masa zaman darurat 1948 -1962


Ahad, 12 Mei 2019

AL-FATIHAH


Kelas dewasa 1962
Rumah Mahmud bin Dollah 1941

Salasilah Menteri Lebih bin Menteri Selamat 1911

Geran Tanah Menteri Lebih bin Menteri selamat 1911


Selasa, 13 April 2010

Panduan menjana pendapatan menerusi blog


Cara membuat Blog 



Panduan menjana pendapatan menerusi blog

1. Individu mestilah mempunyai Internet serta komputer riba yang mudah dibawa ke mana-mana.
2. Mulakan membaca blog popular kemudian tinggalkan komen pada lima blog popular ini.
3. Kemudian untuk setiap blog yang sudah diberi komen, cari pula blog lain kemudian tinggalkan tiga komen di situ begitulah seterusnya sehingga iaa berkembang.
4. Buat template yang menceriakan dan bukan hanya mengambil template sedia ada.
5. Setiap hari pastikan anda membuat 10 catatan, setiap catatan disiarkan tiga atau empat jam. Ini bagi memastikan blog sentiasa menerima kunjungan.
6. Mendaftar dengan laman web Nuffnang untuk memastikan blog menerima iklan daripada Nuffnang.
7. Rajin serta tidak kenal erti putus asa. metro

Khamis, 8 April 2010

Etika Rangkaian Sosial

1. Semua awam- pastikan anda tidak masukan segalanya di dalam laman web sosial anda kerana apa yang anda paparkan akan menjadi terbuka kepada awam. Ketahui setelah anda masukan ke dalam web (contoh: facebook)anda pasti tidak dapat mengawal.

2. Segala dimeterai – Jika anda mengunakan rangkaian social walaupun anda cuba menjadi orang yang tiada nama (anonymous) anda pasti akan dapat dikesan kerana jejak anda di dalam internet pasti meninggalkan kesan seperti tapak kaki di dalam pasir. Anda juga secara tidak langsung terikat dengan sebarang perjanjian pengunaan yang anda setuju semasa pendaftaran.

3. Tidak semua jujur dan benar – anda hendaklah tahu yang bukan semua di dalam internet itu benar dan betul.

Mungkin orang itu mengunakan gambar orang lain untuk Facebooknya dan juga maklumat yang dipaparkan juga palsu. Ingat segalanya mungkin di dalam Internet.

4. Tapis diri anda sendiri – Pastikan apa yang anda taipkan dalam laman web itu tidak menganggu atau mengugat orang lain. Jangan taburkan fitnah atau jangan lepaskan geram anda secara langsung terus kepada individu. Berkiaslah jika perlu.

5. Tidak semua perlu tahu- Anda tidak perlu memasukan segalanya di dalam web. Pastikan yang maklumat yang anda sampaikan itu sesuai untuk umum atau tidak. Jika ia merupakan maklumat sensitive pastikan ia tidak terkeluar.

6. Asingkan – Jika anda ada rakan yang ramai anda boleh buka sebuah laman web peribadi dan asingkan segala kandungannya berbanding dengan lawan web kerja atau profesion anda. Jangan masukan bahan-bahan kerja anda dalam lawan web peribadi anda – rujuk MP

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...