|
Aki Wahab tekun membuat sebilah pisau
|
Dicerita oleh orang tua Tok Empat kedua Kg Lubuk Kulit Kuala
Lipis yang bernama Menteri Lebeh bin Menteri Selamat telah mengarahkan anak
terunanya bernama Ahmad, Kassim dan Yusof pergi menuntut ilmu membuat parang
dengan seorang pendatang Indonesia di kampung Sempalit Raub. Setelah berbagai
dugaan seperti berjalan kaki dan belajar menuntut ilmu tukang besi selama 2
tahun Ahmad dan Kassim pun pulang ke kampong Lubuk Kulit dan mendirikan
bangsal(bengkel) membuat parang. Setahun kemudian Yusof pula pulang ke kampong
mendirikan bangsal yang sama, antara ketiga mereka Yusof yang lebih pandai dan
halus tukangannya kerana ia belajar lebih lama. Yusuf telah mewaris tukangannya
kepada anaknya yang bernama Aki Mat , Aki Samad dan menantunya Hj. Da. Aki
Kasim yang dikenali sebagai Tukang Kassim telah mewarisi tukangannya kepada Hj.
Abd Wahab.
|
Geran Tanah tahun 1911 Menteri Lebeh bin Menteri Selamat
|
Pada hari ini warisan tersebut tidak dapat diteruskan kerana
anak-anak mereka telah pun mempunyai pekerjaan lain yang lebih terjamin
berbanding menjadi tukang parang. Seperti kata Hj Abd Wahab 77 tahun “Menjadi
tukang parang ia memerlukan bakat dan minat, jika tiada sifat tersebut seorang
itu tidak mampu untuk meneruskan tukangan dan pelajaran yang paling sukar dan
perlu kesabaran apabila sampai ketahap ‘sepuh’ mengunakan air atau minyak…”.
KOMEN Suatu hari nanti warisan tukang parang Kampung Lubuk Kulit ini akan hanya
tinggal kenangan seperti kita tinggalkan pisau tuai padi, lesong indik kaki dan
tenggala kerbau. Rujuk Aki Samad bin Yusof Hj Wahab bin Tukang Kassim Geran
Tanah Menteri Lebeh.
|
Sijil penghargaan dari Kerajaan Malaysia kepada Aki Hj, Abdul Wahab yang terlibat dalam melawan Komunis masa zaman darurat 1948 -1962 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan