Rabu, 2 Mac 2022

Asam Pedas Kuah Lada Tenggiri Melaka


Asam Pedas Kuah Lada Tenggiri Melaka
(Resepi Emak Saya..)

Bahan-bahan  agak-agak ea..tengok banyak mana ikan..
Boleh guna ikan tenggiri atau caru..
Bawang Merah
Bawang Putih
Halia
Lengkuas(jangan banyak..sikit je)
Belacan sikit
Kunyit hidup
1 sk Jintan Manis
1 sk Lada Hitam Biji

Semua tumbuk..bukan blend ye..tumbuk halus...dah lumat tambah serbuk ketumbar 3 sudu besar dlm bahan-bahan  tumbuk tadi..gaul jadikan pes..takyah tambah air..
Cili kering anggaran 20 tangkai(blend)
2 batang Daun kari(suke ati nak letak berapa banyak..satu pokok pun boleh)
1 Sk Halba
1 Sk Kerisik (lagi sedap guna kelapa bakar..tumbuk sekali dengan bahan perasa)
Air asam jawa segenggam..

Panaskan minyak..masukkan halba..Tumis bahan pes tadi sampai naik bau..masukkan daun kari..masukkan cili blend..tggu smpai garing.msukkan air asam jawa.jgn cair sangat.nanti tak sedap.bior pekat-pekat gitu.
Dah didih..masukkan la perasa.pastu ikan.ngn kerisik satu sudu kecik.
Tunggu sampai didih.
Pastu tmbah la bendi ke terung..
Da siappp
Mak pesan kalau nk sedap.api mse tumis kna sederhana.reneh lme skit bru ttup api


 

Rabu, 2 Februari 2022

Rumah Satu Perlaburan

 



Sebaiknya kalau membina rumah.. binalah untnk pelaburan .

Apa yang dikatakakan membina untuk pelaburan itu adalah pastikan ada nilai pada masa akan datang. Boleh digadai, boleh di insurankan , boleh dijadikan harta pusaka yg bernilai.

Antara caranya.. buat submission, dapatkan ccc. Lantik akitek, lantik kontraktor berdaftar.

Jangan kita ulangi kesilapan sama.implikasinya pada generasi akan datang.

Anda mungkin berbangga dapat lantik tukang dengan harga murah hari ini..Anda mungkin bangga dapat jimatkan duit untuk bina sendiri tanpa akitek, engineer... tapi natijahnya anda sebagai tuan bangunan yang akan terima di kemudian hari.. Apabila anda nak jual rumah, nilainya kecil berbanding pelaburan anda..

Sedarlah penambahan binaan tanpa submission juga bermakna anda mengelak untuk bayaran cukai pintu. Anda boleh saja kata saya bodoh atau saya salah.. tapi natijahnya anda sendiri yang tanggung..anda sendiri yang rugi..

Jangan ulangi kesilapan serupa. Jadilah rakyat yang bijak.

Pesanan khidmat masyarakat untuk rakyat malaysia untuk membangun ekonomi negara.

Rabu, 26 Januari 2022

Sambal Tempoyak ikan bilis.

 


Tempoyak ikan bilis & petai..

Bahan-bahan:

*2 ulas bwg putih

*5 ulas bwg merah

*Segenggam cili padi

Ikan bilis

3 sudu tempoyak (nk letak sekilo pon blh.selera masing2😂)

Daun kunyit - hiris(urat tengah daun yg keras tu aku buang)

Petai

Air

Gula, garam & serbuk perasa

- tumbuk pakai lesung batu semua bahan tanda *.kalau korg mls sila la pakai blender

Cara-cara:

Tumis bahan tumbuk/blend smpai garing & Masukkan ikan bilis.. dah sebati baru masukkan tempoyak & 1 cawan air.. kacau sampai agak2 masak & pekat.. masukkan gula,garam & serbuk perasa.

Agak-agak dah pekat ikut citarasa masing-masing baru masukkan petai & hirisan daun kunyit.. nak basah-basah sikit tambah la air sikit.jgn ko letak air 1 baldi pulak.jadi sup nanti. kacau 3-4 kali terus tutup api.

Jgn lame2 ko mengacau smpai sejam pulak ye,petai kalau masak sgt rase dh x sedap.. ok,SIAP!! Boleh melahap dah dengan nasi panas2, ikan pekasam @ ikan gelama masin, kompem gajah lalu pon korg x perasan 😊👍

Kredit : melatiey Carlsz

Jumaat, 17 Disember 2021

Resepi Cucur Udang Rangup

 


Senang aja, caranya guna tepung gandum yang dicampur dengan tepung beras. Jom try resepinya kt bawah ni

BAHAN

1. Tepung gandum - 2 cawan
2. Tepung beras - hampir2 1 cawan
3. Udang saiz sederhana (udang harimau pon boleh)
4. Udang kecil
5. Ikan bilis - segenggam
6. Bawang merah dimayang nipis - 3 ulas
7. Daun kucai
8. Serbuk kunyit
9. Garam
10. Air (tiada dlm gambar)
11. Minyak masak (tiada dlm gambar)

CARA

1. Udang saiz sederhana di buang kulit dan dipotong2
2. Udang kecil dibuang kepala
3. Kemudian ambil satu magkuk besar
4. Masukkan kesemua tepung gandum + tepung beras
5. Masukkan garam / serbuk pati ayam
6. Gaul2 kan (kering tanpa air)
7. Kemudian masukkan kedua2 jenis udang & ikan bilis
8. Masukkan juga serbuk kunyit
9. Masukkan pula bawang & daun kucai
10. Masukkan air (agak2, jgn terlalu lembik)
11. Gaul2 biar sekata (warna & bahan2 nya)
12. Panaskan minyak yg banyak dlm kuali
13. Goreng dengan cara jatuhkan bancuhan tu dari tepi kuali, supaya dia jatuh meleper & jadi nipis
Bila dah masak, angkat dan toskan cucur atau cekodok udang

Kredit : Farah Farhana


Ahad, 12 Disember 2021

Adik beradik Usoh

 


Adik beradik Usoh bin Lebih


Mentri Lebih bin Mentri Selamat

Anak

Ahmad - Kassim - Limpik - Usoh 



Khamis, 2 Disember 2021

Gulai Daging Kawah

 


Gulai Daging Kawah Citarasa Asli Kelantan


Daging Gulai Kawah Bahan

1/2 kg daging lembu hiris nipis
1paket kerisik (40g) 
1 paket kecil kari daging
1 labu bawang merah (kisar)
3 ulas bawang merah (kisar)
3 ulas bawang putih (kisar)
2inci halia (kisar)
2 batang serai (ketuk)
3-4 sb cili giling
3 helai daun limau purut
1 cawan santan pekat (DJ ltk 1/3 cawan je)
Rempah 4 beradik
3sb gula merah - gula timbang brown color
2-3 keping asam keping
minyak
garam
Air

Cara-Cara:

Panaskan minyak, tumiskan rempah 4 beradik, bahan kisar,serai ketuk sehingga wangi.
Masukkan cili giling masak hingga garing dan pecah minyak.
Masukkan daging dan kacau rata.Masukkan sikit air dan kacau rata lagi.
Bila daging agak empuk, masukkan santan, kerisek, garam, gula merah, daun limau purut dan asam keping
Biarkan mereneh hingga daging betul2 empuk.Kacau sekali sekala
Biarkan sampai pekat. Tutup api.
Sedap dimakan dgn nasi atau roti


Ahad, 28 November 2021

Resepi Satar





RESEPI SATAR

Bahan-bahan nya

2 kilo ikn selayang (ikan sardin)

Kelapa parut (yg muda) rm2

Lada kering rm 1

Halia 2 inci

Bawang merah 10 ulas yang sederhana besar

Bawang putih 2 ulas

Daun kesum 2 ikat

Lada burung@cili padi ikut suka nak letak ke tak nak

Grm,gula,perasa kena agak-agak ya..

Telur 1 @2 biji(yg ni letak last sekali ya)

.

Cara-caranya

.
Ikan ambik isi sahaja ya...blend bwng merah,putih,halia,lada kering,lada burung.

Satukan dalam ikan dan ramas-ramas manja ya jangan kuat sangat.

Kemudian ambik kelapa muda,daun kesum(dihiris halus)satukan dalam ikan.

Tambah gula, garam, perasa. Last sekali masukkan telur gau-gaul perlahan. Siap

Nanti boleh bakar dengan daun pisang.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...