Ahad, 30 April 2023

Terung pipit

 



Terung pipit merupakan sejenis ulam berwarna hijau, kecil serta ia sangat mudah didapati dan tumbuh merata.

Terung pipit atau nama saintifiknya Solanum Torvum yang merupakan sejenis tumbuhan yang banyak terdapat di hutan tropika. Selain rasanya yang sedap, terdapat banyak khasiat yang menakjubkan untuk kesihatan;

1. Terbaik untuk mengurangkan berat badan Terung pipit kaya dengan serat dan salah satu kebaikan serat adalah terbaik untuk menghilangkan berat badan berlebihan. Tambahan lagi terung pipit sangat rendah tahap kalorinya.

2. Bagus untuk jantung Kajian menunjukkan yang terung pipit kaya dengan mineral yang penting dan salah satunya adalah potassium. Potassium mengawal jumlah sodium di dalam darah yang sememangnya bagus untuk jantung dan mengurangkan tekanan darah tinggi.

3. Mengubati anemia Selain potassium, zat besi dan zink adalah dua jenis mineral yang ditemui dalam terung pipit. Individu yang mengalami anemia mempunyai kekurangan zat besi dan zink.

4. Mengurangkan risiko diabetes Terung pipit sangat bagus dalam mengawal tahap gula dalam darah.

5. Terbaik untuk otak Mungkin tidak disukai oleh kanak-kanak kerana tekstur dan baunya yang sedikit berbau namun terung pipit dikatakan salah satu makanan super untuk otak.

6. Bagus untuk kulit Terung pipit mempunyai vitamin C dan E yang sememangnya merupakan antioksidan yang penting dalam meningkatkan pengeluaran kolagen supaya kulit kekal sihat dan muda.

7. Mengandungi egen antibakteria Ini sebablah terung pipit digunakan dalam rawatan tradisional untuk merawat cirit birit dan pelbagai lagi jangkitan di perut.

8. Rawatan semula jadi untuk gout Terung pipit mempunyai bahan anti keradangan yang dapat mencuci asid urik keluar dari tubuh badan. Jadi ia mampu untuk mengurangkan kesan gout.

9. Mempertingkatkan aliran darah Kerana kaya dengan mineral penting, terung pipit sangat berkhasiat dalam mempertingkatkan aliran darah. Aliran darah yang bagus dapat membekalkan oksigen ke seluruh tubub dengan lebih baik. baca juga Hati-hati beli ubat jerawat online, ini jenis dan kesan sampingan

10. Rawatan tradisional untuk batuk Terung pipit dimasak sup untuk melegakan batuk dan selesema.

11. Mengelakkan masalah buah pinggang  Kajian menunjukkan dengan memakan terung pipit dapat mengurangkan risiko masalah buah pinggang. Namun kajian tambahan perlu dilakukan untuk menyokong kenyataan ini.

12. Mempertingkatkan kitaran menstruasi Memakan terung pipit dikatakan dan terbukti dapat mempertingkatkan kitaran menstruasi bagi kaum wanita.

13. Bagus untuk kehamilan Terung pipit bagus diambil oleh ibu hamil kerana kaya dengan kandungan folate. Folate sangat penting dalam perkembangan fetus.

Jadi, bagi siapa yang ingin menurunkan berat badan, bolehlah mulakan pengambilan terung pipit ini dalam menu diet korang.

Semoga bermanfaat!





Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...