Khamis, 12 November 2020

Ringkasan Urusan Pusaka



RINGKASAN KAEDAH URUS PUSAKA ISLAM MENGIKUT UNDANG-UNDANG

Pengenalan :

Di Malaysia, apabila si mati meninggal dunia, harta yg dimilikinya akan dibekukan sehinggalah selesai proses Tuntutan Pusaka. Perancangan Harta semasa Hidup oleh Si-Pemilik Harta seperti membuat wasiat, hibah atau meletakkan penama bagi hartanya dapat memendekkan masa pembekuan harta tersebut. Contohnya, walaupun nampak remeh, menamakan Penama utk wang simpanan di Tabung Haji atau KWSP dapat mempercepatkan proses pengeluaran duit tersebut selepas berlaku kematian.

Bagaimana Proses Pencairan Dapat dilakukan?

Selain menamakan Penama bagi Akaun-Akaun tertentu, waris-waris berhak atau saudara terdekat si mati perlu mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir daripada Pejabat Pusaka Kecil di bawah Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) atau Amanah Raya Berhad atau Mahkamah Tinggi Sivil berdasarkan nilaian harta pusaka yg ditinggalkan oleh Si-Mati. Tanpa Surat Kuasa tersebut, harta-Harta ini akan terus terbeku.

Jika tuntutan pusaka utk mendapatkan Surat Kuasa tersebut dilakukan di Amanah Raya Berhad atau di Mahkamah Tinggi Sivil, permohonan bagi mendapatkan Perintah Faraid atau Sijil Faraid hendaklah dilakukan juga di Mahkamah Rendah Syariah atau Mahkamah Tinggi Syariah bergantung kepada nilaian harta. Perintah @ Sijil Faraid ini berfungsi bagi menentukan waris-waris yang berhak mewarisi harta pusaka Si-Mati mengikut bahagian-bahagian Faraid mereka.

Perintah @ Sijil Faraid tidak diperlukan bagi proses tuntutan pusaka di Pejabat Pusaka Kecil kerana Pegawai-Pegawai di Pejabat tersebut adalah mereka yg mahir dalam Ilmu Faraid.

Apakah Perintah @ Sijil Faraid?

Perintah @ Sijil Faraid adalah satu dokumen rasmi yang mengandungi maklumat tentang waris-waris berhak dan bahagian Faraid mereka ke atas harta pusaka Si-Mati.

Sebelum mengeluarkan Perintah @ Sijil Faraid, Mahkamah Syariah akan melakukan semakan terhadap permohonan yg dilakukan, dan sekurang-kurangnya satu perbicaraan akan dilaksanakan. Ini bertujuan untuk memastikan perkara-perkara negatif yang berkaitan dengan pengurusan harta pusaka dapat dicegah; antaranya penipuan atau penyembunyian waris yang berhak, penganiayaan hak waris, dan manipulasi sesama ahli waris. Setelah Mahkamah Syariah berpuas-hati dengan maklumat bertulis dan juga keterangan yg waris-waris berikan, barulah Mahkamah Syariah mengeluarkan Perintah @ Sijil Faraid yg di dalamnya tercatat butiran waris dan bahagian faraid mereka dari sudut Undang-undang Syariah & Hukum Faraid.

Justeru, pihak-pihak yang terlibat dengan permohonan Perintah @ Sijil Faraid hendaklah mematuhi prosedur yang telah ditetapkan dengan teliti dan jujur, serta memenuhi keperluan setiap prosedur tersebut. Ini bertujuan untuk mengelakkan daripada berlakunya penganiayaan terhadap waris-waris berhak disebabkan kecuaian, kejahilan dan ketidaktelusan semasa menguruskannya.

  1. Dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan Perintah Faraid di Mahkamah Syariah adalah:
  2. Notis Permohonan (Borang MS 3) Dan Afidavit
  3. Salinan Kad Pengenalan/Passport Pemohon
  4. Salinan Sijil Kematian / Permit Penguburan /Perintah Anggapan Mati Si Mati
  5. Salinan Sijil Kelahiran / Kad Pengenalan Waris-Waris
  6. Salinan Surat Perakuan Nikah / Ruju’ / Cerai
  7. Salinan Dokumen Berkaitan Harta / Jumlah harta / Nilai Harta.
  8. Langkah Seterusnya Setelah Mendapat Sijil Faraid Dan Surat Kuasa :

Setelah mendapat Surat Kuasa Dan juga Sijil Faraid, Pentadbir yg diberikan Kuasa oleh Pejabat Pusaka Kecil atau Amanah Raya atau Mahkamah Tinggi Sivil perlulah memastikan bahawa kewajipan-kewajipan Si-Mati yg dituntut oleh Syarak ditunaikan terlebih dahulu. Pembayaran perbelanjaan Kos pengebumian jenazah, pelunasan hutang Si-Mati, penyempurnaan wasiat 1/3, pembahagian harta sepencarian, dan penyempurnaan hibah mestilah dilakukan terlebih dahulu sebelum pembahagian harta pusaka kepada waris-waris yang berhak disempurnakan mengikut bahagian-bahagian Faraid yg tertera di Sijil Faraid.

Pentadbir perlulah melakukan tanggungjawab tersebut dengan jujur dan amanah. Jika tidak, pentadbir boleh didakwa oleh waris2 berhak atas tuduhan pecah amanah.

Hubungi :
Hj Muhammad Iqbal Safwan
Perunding Harta Pusaka
0193505395

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...