Jumaat, 15 November 2019

Kisah Emak/Apak dipukau 10 tahun dahulu

RAUB: Sepasang warga emas kerugian kira-kira RM7,700 selepas diperdaya tiga individu mendakwa kononnya memenangi wang loteri RM130,000 selain menjaja cerita sedih dalam kejadian di bandar ini, semalam.

Mangsa berusia 70-an dari Felda Sungai Koyan, di sini, sebelum itu bersiar-siar di bandar ini sebelum dihampiri seorang wanita dipercayai warga Indonesia.

Difahamkan, wanita berusia 30-an itu menunjukkan sekeping tiket loteri didakwa memenangi hadiah wang tunai RM130,000 dan meminta bantuan pasangan berkenaan membantunya menebus wang terbabit.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Zaini Jass, berkata suspek terbabit meminta pasangan itu berbuat demikian kerana mendakwa dia tidak mempunyai pasport menebus wang berkenaan.

“Suspek turut mengumpan mangsa dengan wang sagu hati RM10,000 sekiranya mereka sanggup membantu, namun ditolak mangsa,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Katanya, tiba-tiba datang seorang perempuan Melayu berusia 40-an mencelah dan memujuk mangsa membantu wanita berkenaan, namun pasangan warga emas itu tidak termakan pujuk rayunya.

“Kemudian datang seorang lelaki berusia 40-an kononnya ingin mengetahui apa yang berlaku sebelum diperkenalkan wanita Melayu tadi sebagai abang iparnya,” katanya.

Katanya, selepas dipujuk dalam kereta, mangsa menyerahkan empat utas gelang emas bernilai RM4,400, satu utas rantai leher bernilai RM2,500 serta wang tunai RM800. metro

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...